Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Monday, July 30, 2012

maaf

Pergi ku untuk datangku,
Terbit kata untuk membenamkan luahnya,
seperti hati untuk perasaan,
tiada terlepas untuk bersama.

jahat ? ku pernah milikimu..
tapi kau datang dan pergi.
aku pergi selamanya.
kenangan ku ambil selamanya..

bukan ku sakit hati..
aku gembira..
cuma ku lemah..
penat..
lelah..
setiap nadi ku ada kau..
ada lagi kata yang membisik dalam diam..
menanamkan perasaan benci.
aku lawan..
sebab tiada guna membenci..
sebab kebencian ku bawa,
hanya menambah kan ku sedikit demi sedikit rasa berat hati meninggalkan..

kepada semua,
jari ku susun, maaf ku pinta.
kesalahan ku tiada dapat ku timbang,
kemaafan aku hulur agar aku terus hidup dengan manusia.

Friday, July 27, 2012

jalan mati


dari setiap detik permulaan kita bertemu,
kenapa aku tidak pernah bisa melupakanmu,
sukar untuk ku padam setiap coretan yg terlukis di lembaran kertas kenangan hidup,
ternyata engkau tidak pernah luput dari hatiku..

suara mu,
wajahmu,
wangianmu,
caramu,
hatiku merindui setiap detik yang kita lalui..

pahit manis hidup yg kita jalani,
dugaan..

dugaan..

dugaan..


aku merasakan aku cuma nila yang cuba merosakkan susu yg suci...
engkau terlalu baik pada dalamnya walaupun engkau ganas pada zahirnya...

kini,
setelah sekian lama,
detik yang berganti..
hatimu telah bertahkta seorang lain..

aku ingin lihat kau bahagia..
aku tidak mahu bahagia jika kau sengsara disebabkan pemilik dosa..
aku ingin jadi yg terbaik.. mungkin bukan sebagai kekasih..
tetapi sebagai seorang peneman setia..

harapan,
tiada.
tiada lagi yang ku harapkan..
aku tidak mahu kau kembali..
cinta ?
ya tapi untuk apa kau menderita demi cinta pada aku..

aku...
tiada.
tiada guna untuk dirimu yg sering tersiksa demi aku..
cinta ?
ya x pernah sedikit pudar tapi aku hanya sebuah kisah lalu..

jalani sahaja dengan hati yang terbuka dan hati yang tertutup..


Tuesday, July 10, 2012

selaput memori basah

sudah pukul 12 lebih,
tangan ku rasa terketar,
hati ku igau berkecamuk,
ibarat penantian yang seakan hujung nya telah dirampas..
aku bijak menekan setiap huruf mengeluarkan kata-kata yang terlintas...
suara mu terngiang-ngiang di telinga..
menipu diri yang aku kuat menghadapi rasa hati..
perasaan dan kemahuan ku yang hanya di tepi hidup..
bukan melupakan cuma ingin kau bahagia..
tiada guna menunggu hak orang lain..
rindu itu jawapan ku..
cinta itu tangis ku..
hajat itu doa ku..
tiada yang dapat melemparkan kata-kata rasa didalam diri..
perasaan yang kian telanjang menampakkan kepada kamu..
cukup ku lindungi dengan setiap helai benang keegoan...
jangan risau sayang..
aku sentiasa maafkan kau..
tiada dendam..
hanya cinta tak sudah...
kemanusiaan yang menjadi nadi perasaan seorang hambaNya..
9 haribulan ku sambut dengan mengingati seutas rantai yang murah harganya..
tetapi ingat tinggi nilai walaupun murah harga nya..
aku nampak kau berbahagia..
aku pun pasti yang aku juga boleh menempuh jalan yang sama...
walaupun terdetik di hujung hati berkata tidak..
tapi ku teruskan sehingga tiada lagi hujungnya..
aku rindu akan kau..
setiap saat..
aku pakai, aku cium...
hilang ibarat hilang diri..
istighfar sejenak..
mungkin anugerah Allah sebagai ujian...
agar aku belajar erti melepaskan..
semoga kau berbahagia...

Sunday, June 3, 2012

How sweet in November :')

This song was truly exactly what i want to tell u before we broke up...:)



i miss u but i dont want u to coming back..:)

Wednesday, May 16, 2012

Perpisahan buat mu

semalam dan hari ini..
semakin hari semakin berbeza..
aku bersyukur kerana aku tiada lagi dalam hidupmu..
aku bersyukur yang aku tidak lagi menyakiti mu..
walaupun cara terakhir itu menyakitkan..
tiada lagi cara untuk terus hidup dan berpisah...

perpisahan itu indah..
apa yang berlaku..
apa yang telah terjadi..
tidak pernah ku sesali...
aku mencintai mu sepenuh hati ku...

dalam kehidupan yang lalu..
aku terlalu banyak menjadi beban.
beban perih yang kau simpan di dalam hati...
hati yang sarat memendam penderitaan..

aku hanya aku..
kehadiran lalu membawa kesengsaraan..
kesengsaraan yang saban hari bertambah..
aku meminta maaf atas itu..

semoga tiada lagi kesengsaraan yang aku lakukan kepada kau..
kau terlalu istimewa sehinggakan aku bermimpi kau lah isteriku..
bersama sujud menyembah Yang Maha Pencipta..

mungkin tiada lagi..
mungkin satu hari nanti..
semoga kau berbahagia ke akhir hayatmu..
perpisahan bermakna, hadiah untukmu...

Friday, March 30, 2012

kerinduan yang menebal.. minta maaf

tiada siapa yang tahu..

tiada siapa yang mengerti..
hati berkata..
hati berbisik..

sakit..
rindu..
sudahlah..
simpan dalam peti besi..
jangan keluarkan nya lagi...

dia tak akan kembali..
hati nya tempat lain..
bukan di sini..

terima bukan mengubah hati..
cuma mencuba untuk membawa hati..
mungkin ada yang ingin membuka walaupun tiada kunci..
jasad dimiliki tp pada zahirnya hati di tempat lain..

mungkin Sang Maha Pencipta lebih mengetahui dan mengerti..
biarlah mengikuti sahaja pengembaraan di dunia untuk mencari jawapan untuk akhirat..

bukan sahaja peluang pernah diberi..
tapi seluruh tubuh ini milikmu dahulu sehingga aku lupa akan siapa diriku..

mungkin aku bukan yang terbaik..
ada yang lebih baik.. 
doa sahaja dapat ku unjur agar kau dijalan yang terbaik untuk menemui Allah..

memang benar hati ini hanya untuk mu..
tetapi aku masih mampu menyayangi walaupun tidak mencintai...

subhanallah..

Tuesday, January 31, 2012

kesabaran dan senyuman

Perjalanan yang jauh amat bermakna...
Membuatku lebih berfikir rasional sesuatu bahan...
tiada lagi aku dalam dirimu...
hanya dia..

tiada dendam atau benci..
cuma apa yang aku rasa..
aku harus kuat...
ku tidak lemah...

senyuman dan kesabaran..
menjadi teman hidup..
biarkan semua berlalu...
permintaan mu ku tunaikan..

kau teruskan lah..
kau dikurniakan akal dan fikiran..
batas-batas perasaan yang dahulunya ku ingkar...
kini bukanlah suatu sempadan bagiku...

kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku...
ucapan mu adalah rahmat...
rahmat disudut hatimu...
dugaan yang disambut senyum mesra hatiku...

ku jaga maruahmu...
seperti tiada lagi maruahku...
semoga suatu saat kau sedar...
tiada lagi aku..
pembantu setia yang tak pernah ingkar...