Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Wednesday, January 13, 2010

SaAt aWan BerMelankOlik...

permainan atau hanya lakonan...
ataupun kau serius dalam permainan..
di saat mendung bercampur cecair kristal yang turun dari awan..
awan yang seakan pilu meratapi perasaan ku..
ku tertanya..
ku tidak mengerti...
adakah semua yang berlaku ini..
hanya permainan atau lakonan..
ataupun kau serius dalam permainan..

saat minda bercelaru..
semua darah yang mengalir meresap ke setiap saraf ku..
yang kemudiannya menghantar ke setiap pancaindera ku..
lantas berasa pedih dan sakit yang amat sangat ku rasakan..
andai kata ia mampu berkata...
kenapa kah aku dilakukan seperti in..
hanya dapat ku jawab..
aku tak sengaja..
sbb aku termasuk dalam mainan minda..

saat kotak hati ku berlagu pilu..
sang puitis jingga bernada sedih..
aku teraku sedih seorang diri..
mengenangkan apa yang terjadi..
berifkir sejenak adakah ia permainan atau lakonan..
atau serius dalam mainan..

Saturday, January 9, 2010

Kau Ketua..?

aku, kau manusia..
tiada beza..
kita lahir atas satu salasilah..
Adam a.s

mengapa perlu bergaduh..
mengapa perlu bertikam lidah..
memburukkan sesama sendiri..
adakah kau tiada kelemahan..?
adakah kau sempurna...
tiada yg lebih sempurna melainkan yang SATU..

antara kau dan aku tiada beza..
kau  mengata buruk kepadaku..
kau menikam aku emngguna kata-kata kesat..
tidak kah kau sedar yang kau juga mempunyai kekurangan yang lebih kurang dgn ku..

aku tergelak kecil melihat karenah engkau yang hanya tahu melihat insan dari satu kaca...
tiada mata lain untuk memerhatikan benda lain..
yang hanya kau tau...
mengejek..
mencaci...
memperkecil kaum dan bangsa sendiri...
untuk apa.?
supaya kau dianggap ketua..?
supaya kau dianggap hebat..?
sedarlah kawan... kau juga seperti aku...
akan pergi meninggalkan dunia yang sementara...
selamat tinggal dunia...~!

Tuesday, January 5, 2010

permataku

katakanlah kepadaku wahai angin..
adakah dia sihat..?
adakah dia sakit..?
adakah dia juga seperti ku..?

wahai rembulan..
bahagianya dikau mempunyai sang bintang..
yang sentiasa menemanimu..
yg tidak pernah putus mencintaimu..

wahai pungguk..
sedihnya dikau..
tersepi selalu sepertiku..
yang merindukan sang rembulan..

andai ku lalui di pantai..
ingin ku lontar kan seribu perasaanku..
agar si laut dpt menghantar perkabaranku..
kerana tiada putusnya hubungan mu dgn tanah..

selagi ada hayatku..
selagi itu ada rinduku..
selagi ada kasih dijiwaku..
selagi itu kau permataku..

Monday, January 4, 2010

Kehidupan

kehidupan..
apa yang dimaksudkan dengan kehidupan..
seperti biasa manusia mentafsirkan seperti roda..
kadangkala diatas kadang kala di bawah..

bkn aku tak setuju..
mungkin ada btul..
mungkin juga silap..

roda berputar..
mempunyai putaran lengkap..
tp ia begitu sempurna..
adakah kitaran kehidupan begitu sempurna..

bkn maksudku utk mempersendakan yang kehidupan seperti roda..
tp hanya fikiran yg terbatas boleh menganggapnya begitu..
sebabnya kehidupan tidak dapat diduga..
kadang-kadang ada yang susah sepanjang hidupnya..
kadang-kadang ada yang senang sepanjang hidupnya..

adakah kehidupan seperti roda..?
fikir lah.. dan renung-renungkan lah...

Sunday, January 3, 2010

MenTaliti oRg kiTa

Tersebut dalam suatu hal seorang kawan bercerita..
yang dya tak boleh hidu bau rokok ketika jalan di pasar malam..
aku tanyakan kenapa kau tidak menggunakan sapu tangan..
akhir sekali ku tanyakan kenapa kau tidak menggunakan purdah..
kan itu lagi baik..?
tapi dya takut memakainya kerana takut org lain memandang serong kepadanya...
kerana sekejap pakai sekejap tidak..
disini aku ingin mengajukan beberapa perkara..
bkn aku angkuh atau berlagak pandai..
dimana letak aurat wanita..?
semua kecuali tgn dan muka..
so kenapa org di arab memakai purdah..?
sebab disana negara padang pasir...
di sini kita lihat klu pemakaian purdah itu sdh diwajibkan maka aurat perempuan itu adalah semua kecuali mata dan tgn.. ??? ok..
jadi adakah salah seseorg itu memakai purdah sementara...?
sesiapa yang membaca post ini tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan,..
itu lah mentaliti org sekarang...
fikir lah...

Saturday, January 2, 2010

BuLan Perutusanku

oh bulan..
sampaikan lah rindu ku padanya..
bidadari yang memiliki hatiku..
setiap hela nafas yang melalui rongga2 badan ini..
setiap masa yang kian berlalu meninggalkan ku..

oh bulan..
sinari lah hidupnya..
jangan biarkan dya hidup dalam kegelapan..
kerana telah lama dya kesepian dalam kegelapan..

oh bulan..
kurelakan pemergiannya..
disebabkan ku telah banyak bermisteri kepadanya..
disebabkan ku telah mengambil sirnanya..

hanya kau wahai bulan dapat menyinarinya..
hanya kau lah yang dapat menerangi hatinya..
hanya kau lah yang dapat memadamkan ingatannya padaku..

oh bulan..
ku utuskan kau utk menerangi..
walau ku tahu aku akan masuk ke dalam ruang gelap..
ku relakan agar dya tidak lagi dirundum sepi yang gelita..

catitan yang bercelaru kerananya

masa berlalu tanpa suara..
dari detik kepada saat..
saat menjadi minit..
minit mengalir menjadi jam..

dalam pada jam berubah menjadi hari..
yang seterusnya menjadi bulan yang berganti tahun..

aku akhirnya tenggelam..
tenggelam dengan kapal yang tiada nakhoda..
yang belayar tanpa arah..
aku cuba menyingkap di mana kesilapanku..

aku belayar tanpa sebarang hubungan dengan darat..
aku ingin pergi jauh dari darat..
bukan kerana ku benci..
tapi ku menyayanginya..
sekali aku berjumpa darat..
aku takut akan merosakkannya..

wahai tanah yang bergelar daratan..
aku harap tanpa aku kau berbahagia..
kerana banyak insan yang boleh berbakti kepada kau..

ingatlah aku menyangimu
bukan membenci mu..