Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Sunday, June 14, 2009

kemarahan dalam kesedihan



masa lalu...
tenggelam di telan bumi yg kian tua lalu dihempas taufan kehidupan..
taufan kehidupan..
menghempas setia nada yg bermain dari ruang legar perjalanan insan..
perjalanan insan yg terus menerus bergerak...
seperti jari jemari ku yg senantiasa bergetar inginkan kepuasan hidup..
kepuasan hidup yg tiada putus dan tiada pernah kesampaian..
itu lah segelintir lumrah kehidupan bagi makhluk yg berketurunan adam iaitu manusia..

tidak pernah puas..
tidak pernah rasa tenang..
sentiasa penuh dengan keinginan..
penuh dengan rasa kemahuan..

pantang mendengar bisikan dan rayuan..
pantang melihat kebendaan dan kemewahan duniawi..
lantas dgn pantas dikaut tanpa menghiraukan sang pencipta..
tiada pernah terlintas sedikit di naluri tentang dosa-dosa yg telah di lakukan..

mengaut khazanah yg bukan milik sendiri..
mengaut keuntungan dari yang lemah..
semoga kau mendapat balasan yg setimpal dgn apa yg kau lakukan..

lihatlah...
tidak kau sedih jika itu anak engkau..
jika kau diperlakukan seperti itu..
sedih dan malu aku sebab sejenis dengan kau..
konon nya kau penyelamat tp sebenarnya kau pemusnah yg sukakan mayat...
semoga kau mati dalam keadaan yg dilaknat...

0 comments: