Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Saturday, January 2, 2010

catitan yang bercelaru kerananya

masa berlalu tanpa suara..
dari detik kepada saat..
saat menjadi minit..
minit mengalir menjadi jam..

dalam pada jam berubah menjadi hari..
yang seterusnya menjadi bulan yang berganti tahun..

aku akhirnya tenggelam..
tenggelam dengan kapal yang tiada nakhoda..
yang belayar tanpa arah..
aku cuba menyingkap di mana kesilapanku..

aku belayar tanpa sebarang hubungan dengan darat..
aku ingin pergi jauh dari darat..
bukan kerana ku benci..
tapi ku menyayanginya..
sekali aku berjumpa darat..
aku takut akan merosakkannya..

wahai tanah yang bergelar daratan..
aku harap tanpa aku kau berbahagia..
kerana banyak insan yang boleh berbakti kepada kau..

ingatlah aku menyangimu
bukan membenci mu..

0 comments: