Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Wednesday, May 16, 2012

Perpisahan buat mu

semalam dan hari ini..
semakin hari semakin berbeza..
aku bersyukur kerana aku tiada lagi dalam hidupmu..
aku bersyukur yang aku tidak lagi menyakiti mu..
walaupun cara terakhir itu menyakitkan..
tiada lagi cara untuk terus hidup dan berpisah...

perpisahan itu indah..
apa yang berlaku..
apa yang telah terjadi..
tidak pernah ku sesali...
aku mencintai mu sepenuh hati ku...

dalam kehidupan yang lalu..
aku terlalu banyak menjadi beban.
beban perih yang kau simpan di dalam hati...
hati yang sarat memendam penderitaan..

aku hanya aku..
kehadiran lalu membawa kesengsaraan..
kesengsaraan yang saban hari bertambah..
aku meminta maaf atas itu..

semoga tiada lagi kesengsaraan yang aku lakukan kepada kau..
kau terlalu istimewa sehinggakan aku bermimpi kau lah isteriku..
bersama sujud menyembah Yang Maha Pencipta..

mungkin tiada lagi..
mungkin satu hari nanti..
semoga kau berbahagia ke akhir hayatmu..
perpisahan bermakna, hadiah untukmu...

0 comments: