Tiada Lebih pentinG AND aku tetap aku tiada yg lain selain aku »

Monday, October 25, 2010

Tewaskan Musuh utama aGar runtuh tembok pemisah !

orang lain..
kawan...
musuh..
saudara...
apa yang kau lihat adalah kepentingan dirimu..
apa yang kau boleh ambil dan miliki...


pengertian mu tiada...
hanya tahu menilai baik buruk orang disekitar mu..
tidak kira kawan..
musuh...
orang lain..
mahupun saudara mu sendiri.


kau mengaut keuntungan...
untuk kepentingan diri..
untuk kesenangan diri..
sekaligus membuat diri kau bahagia tanpa menghirau kan sendi-sendi manusia lain..


kau berpayung sendiri..
dikala hujan.
dikala panas..
tiada kau pernah fikir keadaan orang lain..


kau makan sendiri..
dengan pembaziran..
dengan ketamakan..
untuk kau menyindir orang lain dengan perilaku burukmu..


kau senang..
bila orang lain susah..
kau utuh bila lihat kejatuhan orang lain..
kau sangsi bila ada orang baik dengan kau..
kau lena dibuai sifat utuh pentingkan diri..


kerana itu..
kau leka..
kau lena..
mencari erti sebenar kehidupan..


kau sanggup memalukan orang lain..
untuk kemegahan mu..
dengan menjatuhkan maruah orang..
dengan membina tembok antara kau dengan manusia lain..
dengan memulaukan orang lain..


kau bergaul dengan orang yang kau pilih..
dengan orang yang kau senang..
dengan orang yang kau boleh perbodohi..
dengan tak sedar kau masuk dalam jerat kau sendiri..
menjadi sombong bongkak..


bukan ku berkata untuk angkuh..
bukan ku berkata untuk bongkak..
tp ku berkata untuk nikmat bersama...
untuk kebersamaan...
untuk pegangan hidup yang satu..


kerana ku tak mahu kau hanyut dilembah kepentingan sendiri..


sedarlah kawan kita bukan hidup sendirian..
kita bukan hiduup untuk bermusuhan..
hapuskan sengketa...
hapuskan segala pertelingkahan..
yang hanya menyebabkan kita dipandang hina musuh sebenar kita...


ku berkata bukan untuk menunjukkan ku baik..
tapi ku berkata agar kita tidak leka...
dalam mencari kebersamaan...
hidup bermotivasi dan toleransi sesama kita...
Tewaskan Musuh utama aGar runtuh tembok pemisah !




0 comments: